Russia tiada kaitan dengan kenaikan harga tenaga


Syarikat Gazprom memenuhi sepenuhnya kewajipan kontraknya untuk membekalkan gas ke Eropah, kata Timbalan Perdana Menteri Alexander Novak. – Gambar EPA, 8 Mac, 2022.

RUSSIA tidak mempunyai kaitan dengan kenaikan dan harga bahan tenaga yang tidak menentu di pasaran, kata Timbalan Perdana Menteri Russia Alexander Novak, lapor Xinhua.

Eropah menggunakan kira-kira 500 bilion meter padu gas setahun dan 40% datangnya dari Russia, katanya dalam satu kenyataan yang turut menyifatkan negara-negara di Eropah sebagai “rakan kongsi yang boleh dipercayai”.

Syarikat gergasi industri gas Russia. Gazprom memenuhi sepenuhnya kewajipan kontraknya untuk membekalkan gas ke Eropah, tegas Novak.

Russia menyediakan kira-kira 30% daripada penggunaan minyak Eropah dan merupakan pembekal terbesarnya.

Novak berkata Russia sudah memenuhi sepenuhnya semua kewajipannya, minyak dan produk minyak sedang dihantar ke pasaran Eropah seperti dirancang.

Harga bahan tenaga meningkat akibat pandemik Covid-19 dan yang terbaru disebabkan konflik Rusia-Ukraine.

Menurut anggaran pejabat perangkaan Kesatuan Eropah, Eurostat, harga bahan tenaga dijangka meningkat 31.7% di seluruh zon euro pada Februari. – Bernama, 8 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen