SEORANG remaja maut dan dua yang lain cedera di luar sekolah menengah mereka di Iowa, Amerika Syarikat, di mana polis percaya tembakan dilakukan dari dalam kereta yang sedang dipandu.
Pegawai polis dan bomba Des Moines tiba di Sekolah East High, di pusat bandar kira-kira 2.48 petang waktu tempatan, kata jurucakap polis.
Polis turut menerima beberapa laporan berkenaan tembakan di sekolah itu dan beberapa individu cedera,” kata Sarjan Paul Parizek.
Ketika pegawai tiba di tempat kejadian, mereka menemui tiga remaja cedera akibat tembakan yang kemudian dihantar ke hospital.
Seorang meninggal dunia sementara dua lagi masih menerima rawatan, kata polis.
East High pada masa ini ditutup susulan insiden itu.
Suspek berjaya ditahan. – AFP, 8 Mac, 2022.
Komen