Negara luar mahu perkukuh kerjasama dengan China 


CHINA disifatkan berjaya dalam meningkatkan ekonomi secara stabil walaupun ketika dunia dihambat penularan pandemik, menurut rata-rata tokoh antarabangsa ketika menghadiri pembukaan Sidang Ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Ke-13, di Beijing, pada Sabtu.

Duta United Emirian Arab Bersatu (UAE), Dr. Ali Obaid Al Dhaheri, ketika ditemui pemberita berkata prospek pembangunan China dalam bidang ekonomi, inovasi sains dan teknologi telah meyakinkan dunia.

Beliau berkata ‘lianghui’ atau dua sidang yang diadakan secara serentak iaitu NPC dan CPPCC (Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China) adalah jendela penting untuk dunia lebih mengenali China.

“Sepanjang dua sesi kebangsaan ini, kita boleh mengetahui pelan masa depan China serta menyaksikan pembangunan dan pertumbuhannya.

“Pada masa sama, saya merasakan bahawa ini adalah peluang terbaik untuk kita meminta kerjasama yang lebih dengan China dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, sains, teknologi dan inovasi,” kata Ali Obaid.

Timbalan Perwakilan Bangladesh ke China, Mohammad Nazrul Islam pula berkata China memperlihatkan hasil cemerlang dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya bidang sains teknologi dan angkasa lepas.

“Saya berharap China akan dapat terus berkembang menjadi lebih baik,” tambah beliau.

Beberapa tokoh antarabangsa turut memuji usaha China berhubung komitmen puncak pelepasan karbon menjelang 2030 dan karbon neutral menjelang 2060 untuk menghadapi perubahan iklim global.

Ia selepas China sekali lagi menyenaraikan matlamat ‘pengurangan karbon’ dalam laporan kerja kerajaan termasuk ‘matlamat karbon neutral’ serta ‘mempromosi puncak pelepasan karbon secara teratur dan melaksanakan pelan tindakan puncak pelepasan karbon’.– Bernama, 7 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen