Rusia umum gencatan senjata untuk pindahkan orang awam


Rusia akan mengisytiharkan gencatan senjata di bandar Kyiv, Mariupol, Kharkiv dan Sumy di Ukraine hari ini untuk memindahkan orang awam. – Gambar EPA, 7 Mac, 2022.

RUSIA hari ini mengumumkan akan mengisytiharkan gencatan senjata di bandar Kyiv, Mariupol, Kharkiv dan Sumy di Ukraine mulai 10 pagi waktu tempatan (0700GMT) untuk memindahkan orang awam.

Konflik Rusia dengan Ukraine mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa menyaksikan Kesatuan Eropah, United Kingdom dan Amerika Syarikat mengenakan pelbagai sekatan ekonomi ke atas Moscow, lapor Agensi Anadolu. 

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekurang-kurangnya 364 orang awam terkorban manakala 759 lagi cedera sejak operasi ketenteraan dilancarkan pada 24 Feb.

Lebih 1.5 juta orang dilaporkan telah melarikan diri dari Ukraine. – Bernama, 7 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen