Duta India ke Palestin ditemukan maut


Mayat Duta India ke Palestin, Mukul Arya ditemukan di pejabatnya pada Ahad dan punca kematian setakat ini masih belum dapat dipastikan. – Gambar Twitter, 7 Mac, 2022.

DUTA India ke Palestin, Mukul Arya, ditemukan maut di pejabatnya pada Ahad, lapor agensi berita Palestin WAFA.

Menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar yang terkejut dengan kejadian itu dalam akaun twitternya berkata “Beliau seorang pegawai yang bijak dan berbakat. Simpati saya terhadap keluarga beliau”.

Punca kematian masih belum dapat dipastikan.

Arya menyertai Perkhidmatan Luar India pada 2008, sebelum ini berkhidmat di Perwakilan Tetap India ke U esco di Paris serta di kedutaan di Kabul dan Moscow. – Bernama, 7 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen