Peminat bola sepak maut ditembak di Brazil


SEORANG peminat bola sepak maut ditembak semalam semasa pertembungan penyokong saingan di bandar Belo Horizonte, Brazil hanya beberapa jam sebelum perlawanan antara Cruzeiro dan Atletico Mineiro, kata polis semalam.

Lelaki berusia 25 tahun itu ditembak di perut dan meninggal dunia di hospital.

Seorang pejalan kaki yang berada di tembak kejadian pula ditembak di bahu dan keadaannya dilaporkan stabil.

Pergaduhan itu melibatkan kira-kira 50 peminat yang bertempur berlari di jalanan.

Tembakan kedengaran, beberapa kereta musnah dan tingkap pecah.

Tiga minggu lalu seorang penyokong turut maut ditembak di Sao Paulo semasa pergaduhan berhampira stadium Palmeiras.

Cruzeiro yang kini berada di divisyen dua dan Atletico Mineiro yang merupakan juara bertahan Brazil akan bertemu antara satu sama lain pada Ahad dalam perlawanan kejuaraan serantau.  – AFP, 7 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen