Emas naik berikutan konflik Rusia-Ukraine


Harga emas naik kepada lebih AS$2,000 untuk satu auns pada Ahad berikutan kebimbangan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine yang makin meningkat. – Gambar EPA, 7 Mac, 2022.

HARGA emas meningkat kepada lebih AS$2,000 dalam dagangan Asia pada pagi Isnin apabila pelabur melarikan diri ke komoditi selamat kerana bimbang tentang kesan perang Ukraine terhadap ekonomi global.

Logam berharga itu mencecah paras tertinggi AS$2,000.86 seauns, paling tinggi sejak September 2020.

Peniaga pindah ke tempat selamat ketika Rusia meneruskan pencerobohannya ke atas Ukraine, yang telah menjejaskan pasaran ekuiti dan menaikkan harga minyak ke paras tertinggi sejak 14 tahun, menambahkan lagi tekanan kepada inflasi yang sudah tinggi. – AFP, 7 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen