Filipina nafi beli helikopter Kanada untuk ‘menyerang’


Pasukan tentera udara Filipina dijangka menggunakan helikopter Bell 412EPI bernilai AS$234.8 juta, untuk menghantar bantuan ketika berlaku bencana dan misi kemanusiaan, dan juga untuk “anti keganasan”. – Gambar fail AFP, 9 Februari, 2018.

TENTERA Filipina menafikan ia merancang untuk menggunakan 16 helikopter yang dibeli dari Kanada sebagai kenderaan penyerang terhadap kebangkitan rakyat tempatan, susulan laporan Ottawa yang sedang mengkaji semula urus niaga itu.

Media Kanada melaporkan kerajaan Perdana Menteri Justin Trudeau mempertimbangkan semula jualan itu kerana bimbang ia akan digunakan dalam operasi keselamatan dalaman, selepas hanya beberapa kedua-dua kerajaan mengumumkan pembelian itu.

Jurucakap Presiden Rodrigo Duterte berkata Manila mungkin membatalkan urus niaga itu jika kontroversi berkenaan berterusan.

“Kalau mereka hendak jual, jual, kami mungkin pertimbangkan prospek dapatkan helikopter daripada sumber lain,” kata jurucakap presiden, Harry Roque kepada wartawan, semalam.

Tentera menegaskan ia “helikopter utiliti, bukan helikopter penyerang”.

“Mereka tidak sepatutnya mempolitikkan pembelian itu,” kata Mejar Jeneral Restituto Padilla,.

Menurut jabatan pertahanan Filipina, urus niaga itu ditandatangani dengan Canadian Commercial Corp pada Disember lalu, tidak lama selepas Trudeau berbalah dengan Duterte ketika lawatannya ke Manila atas tuduhan polis Filipina membunuh ribuan suspek dadah.

Katanya, pasukan tentera udara dijangka menggunakan helikopter Bell 412EPI bernilai AS$234.8 juta, untuk menghantar bantuan ketika berlaku bencana dan misi kemanusiaan, dan juga untuk “anti keganasan”. – AFP, 9 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen