Perang Ukraine uji hubungan rapat China dengan Rusia


Hubungan rapat China dan Rusia sedang diuji sejak Moscow memulakan pencerobohan ke atas Ukraine. – Gambar EPA, 6 Mac, 2022.

PRESIDEN China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin, menjalin hubungan tanpa had dalam pertemuan pada Februari, tetapi hanya sebulan kemudian ikatan itu diuji pula akibat perang di Ukraine.

Ketika kemarahan antarabangsa dan sekatan yang semakin memuncak terhadap Rusia, Beijing cuba mengelak hubungan dengan Moscow dicemari sambil mengekalkan hubungan yang semakin rapat.

Saingan Perang Dingin yang pernah sengit, ikatan China dan Rusia  lebih rapat berbanding sebelum ini sejak Xi Jinping mengambil alih kuasa hampir sedekad lalu, didorong oleh keinginan bersama mereka untuk berhadapan dengan kuasa Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun China kelihatan terperangkap dengan serangan tentera Rusia terhadap Ukraine selain jumlah tindak balas anti-Kremlin antarabangsa.

Beijing, yang telah lama menuntut penghormatan terhadap integriti wilayah dalam pertikaian sempadan dengan jirannya sendiri, telah dipaksa melakukan perubahan retorik di Ukraine untuk mengelak daripada mengganggu Rusia.

Sambil mengekalkan kedaulatan negara, China menegaskan kebimbangan keselamatan Moscow mengenai Ukraine dan pengembangan lebih meluas Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) yang diketuai AS adalah sah.

Beijing menolak untuk mengutuk Moscow, dengan jurucakap kerajaan China membantah wartawan asing yang merujuk serangan ke atas Ukraine sebagai “pencerobohan”. – AFP, 6 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen