Rusia isytihar gencatan senjata sementara di Ukraine


Rakyat Ukraine turun dari feri untuk memasuki Romania selepas menyeberangi sungai Danube di persimpangan sempadan Isaccea-Orlivka antara Romania dan Ukraine. – Gambar AFP, 5 Mac 2022.

TENTERA Rusia akan melaksanakan gencatan senjata di Ukraine bermula jam 10 pagi waktu Moscow (0700 GMT) pada Sabtu bagi memudahkan pemindahan orang awam melalui koridor kemanusiaan, lapor agensi berita Xinhua memetik Kementerian Pertahanan Rusia.

Seperti yang dipersetujui oleh pihak Ukraine, koridor kemanusiaan akan membenarkan orang awam keluar dari Mariupol dan Volnovakha di selatan Ukraine, kata kementerian itu, tanpa mendedahkan tempoh gencatan senjata akan berkuat kuasa.

Semasa rundingan damai pusingan kedua pada Khamis, perunding Rusia dan Ukraine bersetuju mengenai penubuhan koridor kemanusiaan untuk membolehkan orang awam berpindah dan melaksankan gencatan senjata sementara di sepanjang laluan pemindahan. – Bernama, 5 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen