Wartawan terbunuh di Mexico, kes ke-6 tahun ini


SEORANG wartawan terbunuh semalam di utara Mexico yang merupakan pembunuhan keenam seumpama itu tahun ini di salah sebuah negara paling berbahaya di dunia untuk wartawan.

Kejadian itu mendorong gesaan daripada kumpulan hak asasi manusia supaya pihak berkuasa menamatkan budaya bebas daripada hukuman.

“Saya mengecam perbuatan membunuh Juan Carlos Muniz, seorang pekerja di portal berita Testigo Minero (Saksi Perlombongan),” kata gebenor negeri utara Zacatecas David Monreal menerusi Twitter.

Beliau berkata pendakwa diarahkan untuk mencari pelaku pembunuhan itu di Fresnillo sebuah bandar terletak di kawasan terkenal dengan perlombongan perak dan dalam beberapa tahun kebelakangan ini berlakunya keganasan berkaitan kartel.

Zacatecas salah sebuah negeri di Mexico yang paling teruk dilanda keganasan dadah disebabkan perang antara kartel Generasi Baharu Sinaloa dan Jalisco untuk mengawal laluan penyeludupan dadah yang menguntungkan ke Amerika Syarikat.

Testigo Minero mengecam pembunuhan wartawan berkenaan dan menuntut pihak berkuasa mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab.

“Pembunuhan rakan sekerja kami mengejutkan sebahagian besar masyarakat Fresnillo dan negeri ini serta profesion kewartawanan,” kata media itu.

Pejabat pendakwa Zacatecas berkata mereka sudah membuka siasatan ke atas pembunuhan itu.

Kira-kira 150 wartawan dibunuh di Mexico sejak 2000 dan hanya sebahagian kecil daripada jenayah mengakibatkan sabit, menurut pemerhati media Reporters Without Borders (RSF).

Bulan lalu Setiausaha Negara AS Antony Blinken menyuarakan kebimbangan mengenai rentetan pembunuhan menyeru “bertanggungjawab dan perlindungan lebih besar untuk wartawan Mexico”.

Presiden Andres Manuel Lopez Obrador menyifatkan kenyataan diplomat tertinggi AS itu sebagai “mengganggu” dan mengatakan bahawa dia nampaknya “tersalah maklumat”.

Negara mempunyai 126 juta penduduk yang dilanda keganasan berkaitan kartel dadah menduduki tempat ke-143 daripada 180 negara dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia RSF.

Disebabkan gaji yang rendah pekerja media di Mexico sering melakukan pekerjaan sampingan lain seperti Muniz yang juga bekerja sebagai pemandu teksi, menurut Testigo Minero.

Lebih 340,000 orang dibunuh di seluruh Mexico sejak kerajaan mengerahkan tentera dalam perang melawan dadah pada 206, menurut angka rasmi. – AFP, 5 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen