PRESIDEN Ukraine Volodymyr Zelensky yang mengetuai negaranya dalam perang melawan pencerobohan Rusia akan berucap di hadapan Senat AS hari ini, kata pembantu legislatif AS.
Zelensky akan bercakap dengan senator menerusi Zoom pada pagi waktu Washington atas permintaan Ukraine.
Ketika perang di Ukraine semakin hebat, sebilangan wakil rakyat AS mendesak Presiden Joe Biden untuk mengambil pendirian lebih tegas terhadap Rusia, seperti mengantung import minyak.
White House menolak cadangan itu setakat ini, bimbang ia akan menaikkan lagi harga minyak dan menjejaskan pengguna AS yang sudah terbeban dengan inflasi tinggi.
Senator Republikan Lindsey Graham pula meminta “seseorang di Rusia” untuk “membunuh Presiden Vladimir Putin”.
Zelensky juga tegas mendesak Nato menguatkuasa zon larangan terbang di seluruh Ukraine bagi menghentikan serangan udara tetapi pentadbiran Biden menolaknya, bimbang ia akan mencetuskan perang besar antara Barat dan Rusia, walaupun sebilangan wakil rakyat AS menyokong pembentukan zon itu. – AFP, 5 Mac, 2022.
Komen