Majlis Keselamatan PBB bincang krisis kemanusiaan Ukraine


Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan persidangan tergempar membincangkan krisis kemanusiaan Perang Rusia-Ukraine pada Isnin.– Gambar AFP, 5 Mac, 2022.

MAJLIS Keselamatan PBB akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Isnin bagi membincangkan krisis kemanusian di Ukraine disebabkan pencerobohan Rusia, kata diplomat pada Jumaat.

Selepas sesi terbuka, kesemua 15 ahli majlis akan mengadakan perbincangan tertutup bagi merangkan draf resolusi, kata seorang diplomat yang bercakap atas dasar kerahsiaan kepada AFP.

Mesyuarat ini dicadangkan oleh Mexico dan Perancis yang mendesak draf resolusi dikeluarkan bagi menghentikan kezaliman di Ukraine yang menghalang proses bantuan kemanusiaan dan perlindungan orang awam.

Tetapi ia sudah berdepan cabaran, dengan AS memberi amaran yang ia tidak akan menyokong draf itu kecuali ia menamakan Rusia sebagai punca krisis kemanusiaan yang berlaku, kata seorang lagi diplomat kepada AFP.

Perancis pada mulanya mahukan pengundian dijalan pada Selasa lepas tetapi ia tidak berlaku.

Situasi semasa, kata diplomat, Perancis sudah beralah tidak mendesak pengundian dilakukan segera disebabkan amaran AS.

Sebarang draf resolusi yang mengecam Rusia secara praktikalnya akan disekat kerana Rusia mempunyai kuasa veto di Majlis Keselamatan. – AFP, 5 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen