Jual Chelsea, jangan panik, kata Tuchel


Jutawan Russia, Abramovic yang didakwa ada kaitan rapat dengan Presiden Vladimir Putin, umum akan menjual kelabnya Chelsea susulan pencerobohan di Ukraine. – Gambar EPA, 5 Mac, 2022.

THOMAS Tuchel berkata tidak perlu panik tentang masa depan Chelsea susulan pengumuman dramatik Roman Abramovich beliau akan menjual kelab Liga Perdana itu berikutan pencerobohan Russia terhadap Ukraine.

Jutawan Russia, Abramovic yang didakwa ada kaitan rapat dengan Presiden Vladimir Putin berkata ia tindakan terbaik untuk beliau memutuskan hubungan dengan juara bertahan Liga Juara-Juara itu selepas 19 tahun menjadi pemilik kelab berkenaan.

Abramovich tidak dinamakan sebagai sasaran akan digantung kerajaan British membabitkan bank Russia, ahli perniagaan dan hartawan selepas Putin menyerang Ukraine minggu lalu.

Tetapi pemilik berusia 55 tahun itu bimbang kemungkinan aset kelab akan dirampas pihak berkuasa UK, mencetuskan tindakan untuk menjual kelab dari London, Chelsea.

Blues dilaporkan menerima beberapa tawaran termasuk jutawan Switzerland, Hansjoerg Wyss dan ahli perniagaan Amerika Syarikat, Todd Boehly menubuhkan konsortium manakala jutawan Turki, Muhsin Bayrak menjadi individu terbaru menyertai tawaran berkenaan.

Tuchel, yang mengetuai Chelsea meraih gelaran Liga Juara-Juara, Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab sejak tiba pada Januari 2021, berkata kekal di Stamford Bridge amat sempurna buatnya walaupun situasi tidak menentu.

Pengendali dari Jerman itu yang bercakap menjelang pertemuan dengan kelab Liga Perdana yang sedang bergelut, Burnley, beliau tidak berhubung secara terus dengan Abramovich sejak pengumuman itu, namun terkejut.

“Pemilik mahu menjual kelab dan dia menjual kelab yang memiliki struktur terbaik, organisasi terbaik dan kini saya tidak melihat kenapa kami perlu bimbang dengan apa yang terjadi kerana ia sudah terbaik, diuruskan dengan bagus dan sangat berfungsi,” kata bekas pengendali Paris Saint-Germain itu. – AFP, 5 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen