EKONOMI Amerika Syarikat (AS) menyaksikan peningkatan dalam pengambilan pekerja pada Februari, mendorong kadar pengangguran menghampiri kembali ke tahap prapandemik sebelum sektor terjejas teruk akibat Covid-19.
Majikan di AS menambah 678,000 pekerja ke dalam senarai gaji bulan lalu, menurunkan kadar pengangguran kepada 3.8%, lapor Jabatan Buruh.
Laporan itu berita baik untuk Presiden Joe Biden yang mendesak pemulihan ekonomi kukuh walaupun inflasi mempercepatkan dan menjejaskan penarafan kelulusannya.
Susulan pencerobohan Russia ke atas Ukraine, inflasi boleh mengakibatkan lonjakan apabila harga minyak dan lain-lain naik.
“Laporan hari ini menunjukkan rancangan saya untuk membina ekonomi dari bawah ke atas dan pertengahan berjalan lancar,” kata Biden mengenai laporan itu.
Menunjukkan kejayaan dalam memerangi virus berkenaan, Biden berkata:“Sejak saya memegang jawatan, ekonomi mencipta 7.4 juta pekerjaan.”
Beliau mengulangi ikrarnya untuk menghadapi cabaran kenaikan harga tetapi berkata ekonomi AS berada pada kedudukan yang baik untuk menangani inflasi.
Lonjakan dalam pengambilan pekerja bulan lalu jauh melepasi ramalan konsensus, walaupun beberapa ahli ekonomi menggesa peningkatan yang besar apabila ekonomi terbesar dunia itu kembali ke landasan.
Gelombang varian Omicron di AS pada masa ini menurun menyebabkan pihak berkuasa tempatan menarik balik sekatan pemakaian pelitup muka.
Ramai rakyat AS mula melakukan perjalanan dan premis perniagaan makanan termasuk restoran semakin pulih. – AFP, 5 Mac, 2022.
Komen