Tentera Russia serang, tawan Kherson di Ukraine


Imej satelit menunjukkan bandar pelabuhan Kherson di Ukraine, runtuh ditawan tentera Russia yang melakukan serangan sejak seminggu lalu. – Gambar EPA, 3 Mac, 2022.

TENTERA Russia menawan bandar Kherson di Ukraine, pusat bandar utama pertama yang runtuh sejak Moscow menyerang seminggu lalu, kata pihak berkuasa tempatan.

“Penjajah (Russia) berada di semua bahagian bandar dan sangat berbahaya,” kata Ketua Pentadbiran Wilayah Gennady Lakhuta menerusi aplikasi Telegram.

Bandar pelabuhan strategik dengan 290,000 penduduk berhampiran Laut Hitam itu dikepung ketika tentera Russia meneruskan serangan merentasi pusat bandar lain.

Satu lagi pelabuhan utama Ukraine, Berdiansk dirampas tentera Rusia, manakala Mariupol berjaya menangkis serangan “dengan bermaruah,” menurut datuk bandar itu, Vadim Boichenko.

Tentera Russia juga mengebom bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv.

Selepas pertempuran sengit selama beberapa hari, ratusan orang awam terbunuh sementara sejuta orang melarikan diri dari Ukraine sejak pencerobohan bermula. – AFP, 3 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen