Putin tandatangani dekri jamin kestabilan kewangan


Presiden Rusia Vladimir Putin turut menandatangani dekri yang memperkenalkan "langkah ekonomi khas" untuk mengurangkan kesan gelombang baharu sekatan Barat.– Gamnbar EPA, 2 Mac, 2022.

PRESIDEN Rusia Vladimir Putin menandatangani dekri yang memperkenalkan langkah-langkah ekonomi sementara bagi memastikan kestabilan kewangan negara, umum Kremlin pada Selasa.

Langkah-langkah itu akan dilaksana sebagai tindak balas terhadap sekatan anti-Rusia oleh Amerika Syarikat, negara lain dan organisasi antarabangsa, menurut dekri itu.

Antara langkah itu, Rusia akan mengharamkan aliran keluar mata wang asing dalam jumlah yang melebihi nilai bersamaan US$10,000 mulai Rabu, lapor Xinhua.

Berkuatkuasa Rabu, sekatan berhubung urus niaga sekuriti, hartanah dan pinjaman akan dikenakan ke atas warga asing yang dikaitkan dengan negara yang telah mengambil tindakan anti-Rusia.

Pada Isnin, Putin juga menandatangani dekri yang memperkenalkan “langkah ekonomi khas” untuk mengurangkan kesan gelombang baharu sekatan Barat di tengah-tengah operasi ketenteraan khas Rusia di Ukraine. – Bernama, 2 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen