5 terbunuh dalam serangan udara Rusia di menara TV Kyiv 


Kesan ledakan yang terbentuk akibat serangan bom Rusia di Kyiv, Ukraine. – Gambar EPA, 2 Mac, 2022.

LIMA orang terbunuh dalam serangan udara Rusia di menara TV Kyiv, kata Perkhidmatan Kecemasan Negara Ukraine pada Selasa, lapor Xinhua.

Serangan di Menara TV Kyiv mengakibatkan, “lima orang terbunuh, lima lagi cedera”, menurut perkhidmatan kecemasan di Facebook.

Kementerian Dalam Negeri negara itu berkata saluran TV itu tidak dapat beroperasi berikutan serangan itu. – Bernama, 2 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen