Bapa bunuh 3 anak di gereja


SEORANG bapa menembak mati tiga anaknya sebelum menembak dirinya sendiri dalam satu insiden di sebuah gereja di Amerika Syarikat (AS).

Individu kelima turut maut dalam insiden itu yang berlaku di Sacramento, California tetapi tidak jelas sama ada individu terbabit ada kaitan dengan insiden domestik itu.

Tiga kanak-kanak yang maut berumur bawah 15 tahun, kata Sarjan Rod Grassman dari Pejabat Serif Sacramento kepada media.

“Pada 5.07 petang (waktu tempatan), kami menerima panggilan ada berlaku tembakan di dalam gereja.

“Kami kemudian menemui seorang dewasa lelaki, iaitu bapa yang menembak dan membunuh tiga anaknya di bawah umur 15 tahun.

“Saya difahamkan seorang lagi maut. Saya tidak pasti sama ada mangsa ada kaitan dengan pelaku atau tidak,” katanya.

Polis berkata mereka percaya tidak ada individu lain terbabit dalam tembakan itu. – AFP, 1 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen