Polis rampas 3 laras senapang


Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Sekam Anoi berkata pihaknya telah merampas senapang patah bekakuk, dua laras senapang angin dan 2 kelongsong peluru selepas menahan suspek berusia 34 tahun di Meradong, Sarawak. – Gambar Facebook, 28 Februari, 2022.

POLIS merampas tiga laras senapang di Sungai Rayah di Jalan Kanowit/Julau/Durin (JKD), Meradong, kira-kira 11.05 pagi hari ini, susulan penahanan seorang suspek lelaki Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Sekam Anoi berkata suspek berusia 34 tahun itu ditahan di Rumah Sukin, Sungai Sekijang, dekat Sibu.

“Hasil maklumat suspek, polis dari Ibu Pejabat Daerah Meradong dan Cawangan Jenayah Berat (D9) IPK Sarawak telah ke lokasi di tepi Sungai Rayah, Kilometer 8 Jalan KJD dan menemui selaras senapang patah buatan sendiri dikenali ‘bekakuk’ dan dua laras senapang angin selain dua kelongsong peluru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya kes ini disiasat di bawah Seskyen 8(a) Akta Senjatapi 1960 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen