LETUPAN metana di lombong arang batu di tengah Colombia meragut 10 nyawa, kata agensi perlombongan negara semalam, dan pencarian dilancarkan bagi lima pelombong yang hilang.
Kemalangan itu berlaku petang Sabtu di lombong Chapa yang dikendalikan oleh syarikat Ingecolmaq SAS, kata agensi ANM.
Sekumpulan 40 penyelamat masih mencari pelombong yang hilang, dan memasang saluran pengudaraan dengan harapan dapat meningkatkan kebolehnafasan di bawah tanah.
Minyak dan arang batu adalah eksport utama Colombia.
Wilayah Boyaca di mana lombong itu terletak, mempunyai rekod prestasi terburuk bagi kemalangan perlombongan di Colombia, menurut ANM.
Tahun lepas, 130 orang maut dalam kemalangan berkaitan perlombongan di seluruh negara, turun daripada 171 tahun sebelumnya. Kebanyakan kematian berlaku di lombong haram. – AFP, 28 Februari, 2022.
Komen