Pegawai Rusia mohon maaf atas perang di Ukraine pada pertemuan iklim PBB


Perwakilan dan pemerhati ke mesyuarat yang dijadualkan berakhir Jumaat ini, melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan berturut-turut wakil Rusia itu hari ini. – Gambar EPA, 27 Februari, 2022.

KETUA delegasi Rusia pada persidangan terbesar iklim PBB memohon maaf atas pencerobohan negaranya ke atas Ukraine tanpa memberi sebarang justifikasi, menurut beberapa sumber yang mendengarnya pada mesyuarat maya itu.

Penampilan mengejut Oleg Anisimov dari Rusia pada mesyuarat tertutup itu disusuli kenyataan langsung yang mendebarkan daripada rakan sejawatannya dari Ukraine, Svitlana Krakovska, yang bercakap dengan penuh semangat tentang nasib negaranya.

“Biar saya sampaikan permohonan maaf bagi pihak semua rakyat Rusia yang tidak dapat menghalang konflik ini,” kata Anisimov pada sidang pleno penutup forum maya, 195 negara, menurut tiga sumber yang mendengarnya berucap.

Perwakilan dan pemerhati ke mesyuarat yang dijadualkan berakhir Jumaat ini, melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan berturut-turut wakil Rusia itu hari ini.

Mereka yang melihat apa yang berlaku, tambahnya bercakap dalam bahasa Rusia, “gagal mencari sebarang justifikasi untuk serangan ke atas Ukraine”.

Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) menyediakan terjemahan serentak ulasan beliau ke dalam bahasa Inggeris.

AFP tidak mempunyai akses kepada kenyataan asal dalam bahasa Rusia.

Krakovska yang telah cuba untuk terus hadir walaupun serangan ke atas negaranya, dijadualkan berucap pada persidangan itu hari ini.

“Kami tidak akan menyerah di Ukraine, dan kami berharap dunia tidak akan menyerah dalam membina masa depan iklim yang berdaya tahan,” katanya dalam bahasa Inggeris, menurut pelbagai sumber.

“Perubahan iklim yang disebabkan manusia dan perang ke atas Ukraine mempunyai akar yang sama –  bahan api fosil – dan pergantungan kita kepada mereka,” tambahnya.

“Semua orang ‘di dalam bilik’ benar-benar terharu,” kata satu sumber, merujuk kepada sembang dalam talian dan perbualan tidak rasmi.

Sementara itu Anisimov – menyatakan “kekaguman besar” terhadap kehadiran delegasi Ukraine – ia disifatkan satu perkara mengejutkan. – AFP, 27 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen