PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Raub, Pahang tamat esok 


Keputusan penarikan semula PKPD dibuat selepas MKN meneliti analisis Kementerian Kesihatan mengenai perkembangan situasi semasa di lokaliti terbabit. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Februari, 2022.

PERINTAH kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang akan ditamatkan esok mengikut jadual.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Rodzi Md Saad dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan keputusan itu dibuat setelah meneliti analisis Kementerian Kesihatan mengenai perkembangan situasi semasa di lokaliti terbabit. 

PKPD di kawasan terbabit dilaksanakan mulai 2 Februari lepas.

Beliau juga memaklumkan tiada lokaliti baharu dikenakan PKPD dan tiada pelanjutan PKPD di lokaliti lain hari ini. – Bernama, 27 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen