Nurul Izzah akan pertahan Lembah Pantai


Nurul Izzah ketika sesi turun padang bertemu dengan penduduk Lembah Pantai. Hari ini, dalam sidang medianya, beliau mengumumkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai dalam PRU14 akan datang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 8 Februari, 2018.

NAIB Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-14.

“Saya komited untuk mempertahankan kerusi Lembah Pantai, bagaimanapun keputusan akhir di tangan pucuk pimpinan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Nurul Izzah menyandang kerusi itu sejak 2008 selepas beliau mengetepikan Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil yang merupakan ahli Parlimen Lembah Pantai selama tiga penggal.

Pada 2013, Nurul Izzah mempertahankan kerusi itu dengan mengatasi cabaran bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. – Bernama, 8 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen