Korea Utara buat ujian senjata terbaru


Korea Utara menjalankan tujuh ujian senjata pada Januari lalu, kejadian yang tidak pernah berlaku sebelum ini. – Gambar AFP, 27 Februari, 2022.

KOREA Utara menembak “pelancar tidak dikenal pasti”, kata tentera Korea Selatan pagi ini, selepas sebulan tiada pelancaran dilakukan sempena Olimpik Beijing.

“Korea Utara menembak satu pelancar tidak dikenal pasti ke arah timur,” kata ketua bersama tentera dalam satu kenyataan yang tidak menyatakan butiran terperinci.

Pyongyang menjalankan tujuh ujian senjata pada Januari lalu- jumlah yang tidak pernah berlaku sebelum ini- termasuk ujian peluru berpandu paling berkuasa pernah diciptanya sejak 2017, apabila pemimpin Kim Jong Un mencabar Donald Trump-presiden AS ketika itu- disebabkan proses rundingan yang tergendala.

Tetapi mereka menghentikan ujian senjata sepanjang Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, yang dilihat penganalisis sebagai tanda penghargaan kepada sekutu kuat mereka, China.

Korea Utara turut memberi amaran yang ia akan membatalkan moratorium sekatan kendiri untuk ujian senjata nuklear dan jarak jauh, yang dikenakan sejak 2017.

Ujian senjata negara itu kembali diperhebat menjelang pemilihan presiden Korea Selatan pada 9 Mac depan.

Pakar berkata Pyongyang mungkin menggunakan sambutan ulang tahun utama- hari kelahiran ke-110 Kim II Sung pada 15 April- untuk melakukan ujian senjata utama. – AFP, 27 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen