Barat kenakan sekatan kewangan terbaru kepada Rusia


Sekatan kewangan terbaru dikenakan Barat akan menghapuskan semua kaedah aliran kewangan yang melumpuhkan operasi global bank Rusia. – Gambar AFP, 27 Februari, 2022.

SEKUTU Barat semalam bersetuju melaksanakan pelbagai sekatan kewangan terbaru terhadap Rusia yang menyerang Ukraine, termasuk sekatan utama menghalang sejumlah bank Rusia daripada sistem antara bank SWIFT.

Bank yang dikenakan sekatan ini “semuanya sudah berdepan sekatan komuniti antarabangsa, serta institusi lain, jika diperlukan,” kata jurucakap kerajaan Jerman dalam satu kenyataan.

“Ini berhasrat menyekat institusi ini daripada aliran kewangan antarabangsa, yang akan memberi kesan sangat besar kepada operasi global mereka,” tambahnya.

Sekutu juga bersetuju mengenakan sekatan bagi menghalang bank pusat Rusia daripada “menggunakan transaksi kewangan antarabangsa” untuk persenjataan, katanya lagi.

Hartawan Rusia yang dikaitkan dengan kerajaan Presiden Vladimir Putin juga tidak lagi dibenarkan menggunakan “pasport emas” bagi mendapatkan kewarganegaraan negara Eropah lain untuk diri mereka dan keluarga.

Satu kumpulan kerja akan ditubuhkan antara AS dan EU bagi “memastikan pelaksanaan serta merta sekatan dan untuk membekukan aset individu, ahli keluarga dan syarikat yang dikenakan sekatan”. – AFP, 27 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen