Hospital di Sepanyol diserang, suspek penyeludup dadah ‘dilarikan’


Sepanyol berdekatan dengan Maghribi, yakni sumber utama ganja.  Selain itu hubungan akrab Sepanyol dengan bekas tanah jajahannya di Amerika Latin juga antara punca kemasukan dadah jenis kokain ke negara itu. – Gambar AFP, 8 Februari, 2018.

LEBIH kurang 20 orang telah menyerbu sebuah hospital di selatan Sepanyol sebelum membebaskan seorang yang disyaki penyeludup dadah.

Suspek penyeludup dadah itu dimasukkan ke hospital setelah cedera dalam kemalangan motorsikal ketika cuba meloloskan diri dari pihak berkuasa.

Dua anggota polis yang menjaga suspek di hospital di La Linea de la Concepcion bagaimanapun tidak menggunakan pistol mereka “bagi mengelak dari berlakunya drama di hospital itu,” kata majlis dewan La Lina dalam satu kenyataan.

Suspek itu dibawa ke hospital untuk rawatan pada Selasa selepas cedera akibat terjatuh ketika dikejar polis. 

Namun, sebaik sahaja dia sampai di hospital it, lebih kurang 20 orang menyerbu masuk, menarik keluar suspek sebelum lari menggunakan beberapa buah kereta.

Datuk bandar La Linea Juan Franco kerap mengadu mengenai kadar penyeludupan dadah yang meningkat di bandar yang hanya terdiri daripada 65,000 penduduk itu.

La linea terletak bersempadan dengan Gibraltar, wilayah British yang masih menjadi pertikaian.

“Musuh ini sangat kuat. Kami perlu fikir jalan penyelesaian yang pelbagai” untuk melawan penyeludupan dadah, kata Juan Franco.

Sepanyol berdekatan dengan Maghribi, yakni sumber utama ganja. 

Selain itu hubungan rapat Sepanyol dengan bekas tanah jajahannya di Amerika Latin, yang terkenal sebagai pengeluar utama kokain dunia menjadikan negara itu sebagai pintu utama untuk pengedar dadah antarabangsa. – AFP, 8 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen