Perancis percepat penempatan tentera ke Romania


Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata ia sedang berusaha mengerahkan tenteranya ke Romania untuk mengetuai penempatan gabungan Nato di timur Eropah, sebagai tindak balas kepada pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. – Gambar EPA, 25 Februari, 2022.

PERANCIS sedang berusaha mempercepatkan penempatan tenteranya bagi menguatkan kedudukan Nato di Romania selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, kata Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Jumaat.

Bercakap selepas sidang kemuncak tergempar dengan pemimpin Kesatuan Eropah (EU), Macron berkata beliau “mempercepatkan” penghantaran tenteranya.

Ia adalah sebahagian daripada usaha oleh sekutu Nato bagi mengukuhkan kekuatan mereka di negara anggota di timur Eropah, dengan beribu-ribu tentera dikerahkan.

Sementara itu, Amerika Syarikat berkata pada Khamis ia akan menghantar 7,000 lagi tentera ke Jerman.

Nato sedang berusaha menubuhkan gabungan tentera di tenggara Eropah, termasuk di Romania.

Perancis muncul menawarkan diri untuk mengetuai penempatan baharu di Romania. – AFP, 25 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen