Lagi letupan gegarkan Kyiv hari kedua operasi tentera Russia


Asap kelihatan berhampiran Hostomel dan Lapangan terbang Antonov semalam. Tentera Russia dan Ukraine bergelut untuk mengawal pangkalan udara di pinggir Kyiv. – Gambar AFP, 25 Februari, 2022.

IBU negara Ukraine, Kyiv digemparkan dengan beberapa siri letupan awal Jumaat, pada hari kedua operasi ketenteraan Russia di negara itu, lapor Agensi Anadolu.

Siri letupan berlaku pada 4.20 pagi waktu tempatan (10.20 pagi waktu Malaysia).

Kejadian serupa turut berlaku semalam di bandar Kharkov, Kramatorsk, Mariupol, Mykolaiv dan pelabuhan Odessa, serta di Kyiv.

Bunyi siren kedengaran di seluruh bandar memberi amaran kepada orang ramai agar mencari perlindungan.

Ketika sebilangan rakyat berusaha meninggalkan bandar itu, ada yang cuba berlindung di stesen kereta api bawah tanah dan ruang bawah tanah, tambahnya.

Presiden Vladimir Putin semalam mengumumkan operasi ketenteraan Russia di Ukraine.

Pada hari pertama operasi, lebih 130 penduduk termasuk orang awam terbunuh, menurut Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy. – Bernama, 25 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen