Gempa bumi kuat melanda Sumatera Barat


Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter menggegarkan wilayah Sumatera Barat namun, tiada amaran tsunami dikeluarkan. – Gambar Facebook, 25 Februari, 2022.

GEMPA bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter menggegarkan wilayah Sumatera Barat hari ini namun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik (BMKG) Indonesia memaklumkan gempa pada 8.39 pagi waktu Indonesia Barat itu, pada kedudukan 0.15 darjah utara, 99.98 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).

Gegaran turut dirasai oleh penduduk di Agam Bukitinggi, Padang Panjang, pantai selatan Rantau Parapat, Nias selatan dan daerah Bangkinang.

Menurut Palang Merah, sebuah sekolah dan rumah di Pasaman rosak teruk dan pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Negara jiran termasuk Malaysia dan Singapura turut merasai gegaran itu. – Bernama, 25 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen