SEBUAH pesawat Antonov An-26 Rusia yang membawa peralatan ketenteraan terhempas di wilayah selatan Voronezh berdekatan Ukraine semalam.
Kejadian itu menyebabkan semua anak kapal terbunuh, kata kementerian pertahanan.
“Semasa penerbangan yang dirancang untuk mengangkut peralatan ketenteraan, sebuah pesawat An-26 dari pasukan aeroangkasa Rusia terhempas, kata kementerian pertahanan dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita Rusia.
“Kesemua anak kapal meninggal dunia,” menurut kenyataan itu tanpa memberikan sebarang butiran lanjut.
Nahas itu berlaku ketika tentera Rusia melintasi sempadan Ukraine dan sedang menghampiri ibu negara Kyiv semalam selepas Kremlin mengarahkan pencerobhan besar-besaran ke atas negara jirannya.
Jurucakap kementerian pertahanan mengesahkan nahas itu tetapi enggan menyatakan bilangan anak kapal yang terbunuh.
Pesawat An-26 membawa sehingga enam anak kapal dan sehinga 38 anggota tentera. – AFP, 25 Februari, 2022.
Komen