Amaran letusan gunung berapi Aso di barat Jepun


Gunung berapi Aso di barat daya Jepun yang dikesan semakin aktif. – Gambar Facebook, 24 Februari, 2022.

AGENSI Meteorologi Jepun (JMA) pada Khamis meningkatkan amaran kepada tahap 3 daripada 5 selepas mengesan aktiviti gunung berapi di Gunung Aso, barat daya Jepun, lapor Xinhua.

JMA memberi amaran agar orang ramai tidak menghampiri Gunung Aso, berikutan ancaman letusan gunung berapi boleh mengakibatkan runtuhan dan aliran piroklastik dalam radius 2 kilometer.

Agensi cuaca itu memberi amaran tahap 3 dengan kemungkinan letusan gunung berapi boleh memberi kesan serius terhadap kawasan berdekatan.

Masyarakat setempat di wilayah Kumamoto dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga. – Bernama, 24 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen