Rusia tutup ruang udara sempadan Ukraine, Belarus


Rusia didakwa melancarkan pencerobohan berskala besar ke atas Ukraine dan menyasarkan kawasan utama di bandar raya. – Gambar EPA, 24 Februari, 2022.

RUSIA pada Khamis mengumumkan penutupan ruang udaranya kepada penerbangan awam di sempadan Ukraine dan Belarus.

Satu notis dikeluarkan selepas Presiden Vladimir Putin mengumumkan operasi ketenteraan khas di wilayah Donbas, lapor agensi berita Anadolu.

Menurut notis itu: “Penggunaan ruang udara di sempadan Rusia dengan Ukraine dan Belarus ditutup sementara waktu kepada pesawat awam atas faktor keselamatan berikutan penggunaan senjata dan peralatan ketenteraan.”

Kementerian Pertahanan Rusia didakwa menggunakan “senjata canggih” untuk melumpuhkan sistem pertahanan udara, lapangan terbang tentera dan angkatan tentera udara di Ukraine.

Menurut laporan itu, Rusia turut didakwa melancarkan pencerobohan berskala besar ke atas Ukraine dan menyasarkan kawasan utama di bandar raya. – Bernama, 24 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen