LAPAN orang terbunuh dan tiga lagi hilang di selatan China selepas kebocoran air dalam tapak pembinaan keretapi bawah tanah menyebabkan jalan utama mendap, kata pihak berkuasa hari ini.
Kebocoran paip air secara tiba-tiba itu membanjiri tapak pembinaan bawah tanah itu sehingga menyebabkan jalan utama banyak Lorong di kawasan Foshan, daedah Guangdong mendap pada malam Rabu, kata kerajaan dalam satu kenyataan.
“Sembilan pekerja diselamatkan dan misi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.”
Tidak dapat dipastikan sama ada semua mereka yang terbunuh dan hilang adalah pekerja pembinaan.
Kawasan mendap itu seluas dua gelanggang bola keranjang dengan kedalaman sehingga tujuh meter, lapor akhbar China Daily.
Gambar tempat kejadian menunjukkan lumpur dan konkrit pecah wujud di tengah-tengah jalan itu.
Kemalangan industri kerap berlaku di China, negara itu berdepan masalah penguatkuasaan peraturan yang kerap kali menimbulkan kemarahan rakyat.
Data rasmi menunjukkan 38,000 orang terbunuh dalam kemalangan tempat kerja pada 2017.
Mei lepas, 12 pekerja terbunuh dalam letupan sebuah tapak pembinaan keretapi laju di selatan Guizhou. – AFP, 8 Februari, 2018.
Komen