Moscow sedia adakan rundingan dengan Blinken mengenai Ukraine 


Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov masih bersedia untuk berbincang dengan Setiausaha Negara AS Antony Blinken berhubung krisis Ukraine. – Gambar EPA, 22 Februari, 2022.

MOSCOW berkata Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov masih bersedia untuk berbincang dengan Setiausaha Negara AS Antony Blinken, selepas Presiden Vladimir Putin mengarahkan tentera memasuki dua wilayah pemisah Ukraine.

“Walaupun dalam saat paling sukar… kami menyatakan kami bersedia untuk rundingan,” kata jurucakap kementerian luar Maria Zakharova dalam kenyataan yang disiarkan di YouTube.

“Kami sentiasa memihak kepada diplomasi,” katanya kepada rancangan Soloviev Live YouTube.

Beliau berkata demikian selepas Putin mengiktiraf kemerdekaan bekas negara Soviet yang dikuasai pemisah Donetsk dan wilayah Lugansk yang memberi laluan untuk penempatan pasukan tentera penceroboh.

Lavrov pada Isnin lalu berkata beliau bersedia untuk bertemu dengan Blinken pada Khamis di Geneva untuk menangani ketegangan yang memuncak mengenai Ukraine.

Tindakan Moscow mencetuskan kecaman antarabangsa dan sekatan daripada Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. – AFP, 22 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen