55 maut lombong emas meletup di Burkina Faso


Letupan lombong emas di Burkina Faso petang semalam menyeabkan 55 maut dengan sejumlah besar yang lain cedera. – Gambar fail EPA, 22 Februari, 2022.

SERAMAI 55 maut dalam letupan lombong emas di Burkina Faso petang semalam dengan sejumlah besar yang lain cedera, kata sumber tempatan.

Letupan itu berlaku di sebuah khemah dipasang di kawasan lombong di Gomgombiro, apabla sekotak dinamit meletup, kata pihak berkuasa.

Pihak berkuasa berkata jumlah kematian 50 mangsa. Tetapi sumber hospital berkata sekurang-kurangnya lima mangsa meninggal dunia selepas mengalami kecederaan, menjadikan jumlah semua yang maut 55.

Wanita dan kanak-kanak antara yang cedera dalam letupan itu, dengan ramai antara mereka berada dalam keadaan kritikal.

Stesen televisyen tempatan sementara itu melaporkan kematian mencecah 59 orang. – AFP, 22 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen