Korban tanah runtuh di Brazil cecah 152 orang


Keadaan kemusnahan selepas hujan lebat pada 15 Februari di Petropolis, Rio de Janeiro, Brazil. Ia meragut 152 nyawa setakat ini. – Gambar EPA, 21 Februari 2022.

JUMLAH korban akibat tanah runtuh di Petropolis, Brazil meningkat kepada 152 orang manakala 165 lagi masih hilang, menurut agensi pertahanan awam tempatan pada Ahad, lapor Xinhua.

Lebih 500 anggota bomba terlibat dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) serta dibantu kira-kira 40 anjing pengesan. 

Operasi SAR di Morro da Oficina itu turut dibantu penduduk tempatan, menyaksikan sekurang-kurangnya 80 rumah musnah di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Gabenor Rio de Janeiro, Claudio Castro berkata hujan pada Selasa adalah yang terburuk pernah berlaku di bandar itu sejak 1932. – Bernama, 21 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen