KESATUAN Eropah menyaksikan peningkatan “manipulasi maklumat” untuk menyokong tindakan tindakan benar untuk dijadikan alasan pergerakan ketenteraan di Ukraine, kata Ketua Dasar Luar Josep Borrell hari ini.
“EU sangat bimbang tentang kejadian yang diada-adakan…yang mungkinboleh digunakan sebagai alasan kepada pergerakan ketenteraan,” katanya dalam satu kenyataan.
“EU juga menyaksikan peningkatan usaha manipulasi maklumat bagi menyokong matlamat itu,” katanya lagi.
Amaran itu dikeluarkan selepas media Rusia dikawal kerajaan mengeluarkan laporan tidak disahihkan yang berlaku kejadian ganas di timur Ukraine, yang sebahagiannya dikawal oleh pemberontak pro-Moscow.
Media Rusia menuduh Kyiv merancang serangan ke atas kubu pemberontak di wilayah Donetsk dan Luhansk.
“EU melihat tiada asas kepada tuduhan serangan Ukraine di kawasan dikawal pihak bukan kerajaan di Donetsk dan Luhansk,” kata Borrell.
Memandangkan wujud usaha manipulasi maklumat itu, Borrell berkata EU sepenuhnya menyokong badan sekuriti Eropah, OSCE, yang mempunyai pasukan pemantau di Ukraine, menambah yang mereka “berperanan penting” dalam pengesahan kejadian sebenar.
Beliau turut meluahkan kebimbangan tentang peningkatan pelanggaran gencatan senjata dilaporkan OSCE antara pemberontak dan pasukan tentera Ukraine.
Negara ahli EU dan AS percaya yang Moscow sedang memperhebatkan penciptaan sebab untuk menyerang Ukraine dengan memalsukan kejadian keganasan dan mengeluarkan maklumat palsu. – AFP, 20 Februari, 2022.
Komen