Anak muda Pakistan sambut festival haram layang-layang


Basant, festival layang-layang sering menyebabkan kecederaan dan kematian orang awam sebelum diharamkan pada 2007. – Gambar AFP, 19 Februari, 2022.

RATUSAN anak muda Pakistan menerbangkan layang-layang dari bumbung rumah dan bangunan di bandar Rawalpindi pada Jumaat, bagi meraikan perayaan yang diharamkan pihak berkuasa sejak 2007 disebabkan kemalangan yang sering berlaku.

Peserta perayaan layang-layang itu menggunakan tali berasid dan wayar piano untuk pergaduhan layang-layang, sehingga menyebabkan beberapa kecederaan parah kepada orang awam yang terkena tali layang-layang itu, termasuklah mengelar leher penunggang motosikal.

Peserta yang meraikan kejayaan juga menembak tin udara yang menyebabkan kecederaan dan kematian apabila ia jatuh ke darat dan mengenai orang awam.

Basant, festival layang-layang untuk menandakan ketibaan musim luruh dan angin dibawanya diharamkan kerajaan, tetapi ia tidak menghalang orang ramai untuk terus menyambutnya pada Jumaat.

“Festival ini tidak sepadan dengan nilai nyawa manusia, tetapi anak muda Pakistan tidak ada banyak pilihan hiburan,” kata Raja Rameez, seorang ahli farmasi berusia 21 tahun yang menjemput puluhan kawan-kawanya untuk menonton laying-layang di atas bumbung rumahnya.

Ratusan anak muda diburu lebih 1,500 anggota polis yang menggunakan teropong dan dron untuk mengesan lokasi layang-layang diterbangkan.

Polis berkata sekurang-kurangnya 220 orang ditahan dan pesalah boleh didenda sehingga 100,000 ruppes (sekitar AS$570).

Lahore sebelum ini menjadi pusat festival Basant, menarik ribuan pelancong tempatan dan asing yang memenuhi jalan raya dan hotel. – AFP, 19 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen