PIHAK berkuasa media Pakistan memberi amaran kepada saluran televisyen dan stesen radio supaya tidak mempromosikan Hari Valentine selepas mahkamah dalam satu keputusannya mengharamkan sambutan itu, tahun lalu.
Hari Valentine semakin popular dalam kalangan golongan muda Pakistan, dengan kebanyakannya mula mengamalkan budaya memberikan kad, coklat dan hadiah kepada pasangan kekasih masing-masing sempena sambutan itu.
Tetapi negara itu kekal sebagai masyarakat tradisional Islam dan ramai tidak bersetuju dengan Hari Valentine yang dianggap sebagai budaya Barat.
Presiden Pakistan Mamnoon Hussain ketika berucap di depan pelajar pada 2016 berkata sambutan itu tidak diterima dalam negara majoriti Muslim dan menggesa pemuda pemudi negara itu fokus kepada pembelajaran mereka.
Tahun lalu, Mahkamah Tinggi Islamabad melarang sambutan hari itu diadakan di tempat awam dan pejabat kerajaan di seluruh negara. – AFP, 8 Februari, 2018.
Komen