38 lelaki telibat kes letupan bersiri di India terima hukuman mati


SEBUAH mahkamah di negeri Gujarat, India hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap 38 lelaki dalam kes letupan bom bersiri di Ahmedabad pada 2008.

Mahkamah itu mensabitkan 49 orang pada 8 Februari atas serangan yang membunuh 56 orang di beberapa tempat awam.

Seramai 11 daripada banduan itu dikenakan hukuman penjara seumur hidup oleh hakim mahkamah khas A.R. Patel, menurut laporan yang memetik pendakwa raya khas Amit Patel.

Manakala 28 daripada tertuduh dibebaskan selepas perbicaraan panjang, yang berakhir pada September 2021.

Polis berkata kumpulan “Mujahidin India” merupakan dalang di sebalik letupan itu, yang didakwa dirancang sebagai membalas dendam terhadap rusuhan Gujerat 2002, yang mengakibatkan kira-kira  2,000 orang terbunuh. – Bernama, 18 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen