Putin akan selia latihan peluru berpandu strategik Rusia


Kementerian Pertahanan Rusia berkata Presiden Vladimir Putin akan menyelia latihan ketenteraan melibatkan "pasukan strategik" Rusia termasuk pelancaran peluru berpandu balistik dan pelayaran pada Sabtu. – Gambar EPA, 18 Februari, 2022.

PRESIDEN Vladimir Putin pada Sabtu akan menyelia latihan ketenteraan yang melibatkan “pasukan strategik” Rusia termasuk pelancaran peluru berpandu balistik dan pelayaran, kata kementerian pertahanan.

Berita mengenai latihan itu muncul ketika Rusia mengumumkan penarikan semula tentera dari sekitar Ukraine, satu kuasa yang mencetuskan kebimbangan di Barat, khususnya Washington, yang Moscow merancang serangan.

Putin akan mempengerusikan “latihan terancang pasukan pencegahan strategik… di mana peluru berpandu balistik dan pelayaran akan dilancarkan,” kata kementerian pertahanan pada Jumaat.

Tentera udara, unit tentera selatan, serta armada Utara dan Laut Hitam akan terlibat, katanya.

Ketegangan antara Barat dan Rusia mengenai keselamatan Ukraine dan Eropah telah diprburukkan lagi dengan latihan ketenteraan berskala besar berhampiran sempadan Kyiv dan juga di Belarus.

Walaupun Rusia telah mengumumkan beberapa tenteranya telah ditarik balik dan kembali ke pangkalan tetap, Barat berkata ia tidak melihat langkah itu memberi apa-apa makna.

Dalam pada itu tentera Ukraine dan pemberontak di timur negara itu yang mendapat sokongan Moscow masing-masing saling mendakwa telah melanggar perjanjian gencatan senjata yang baharu. – AFP, 18 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen