Masi dipecat sebagai pengarah perlumbaan F1 Grand Prix Abu Dhabi


Michael Masi (kiri) dipecat sebagai pengarah perlumbaan Formula Satu kerana pengurusan Grand Prix Abu Dhabi yang berakhir musim tahun lalu.– Gambar EPA, 17 Februari, 2022.

MICHAEL Masi dipecat sebagai pengarah perlumbaan Formula Satu kerana pengurusan Grand Prix Abu Dhabi yang berakhir musim tahun lalu menyebabkan Max Verstappen dinobatkan sebagai juara dunia secara kontroversi.

Masi dikritik hebat kerana rentetan peristiwa yang menyebabkan Verstappen melepasi Lewis Hamilton untuk melucutkan rekod gelaran kelapan daripada warga Britain itu.

“Michael Masi, yang memikul tugas yang sangat mencabar selama tiga tahun sebagai pengarah perlumbaan Formula 1 berikutan Charlie Whiting, akan ditawarkan jawatan baharu dalam FIA,” menurut kenyataan presiden FIA Mohammed Ben Sulayem. – AFP, 17 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen