42 penerima dos penggalak maut, kata NPRA


Elill Easwaran

SEBANYAK 42 kematian telah direkodkan dalam kalangan penerima vaksin dos penggalak, kata Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Dr Roshayati Mohamad Sani.

“14 daripada kematian itu dalam kalangan penerima vaksin heterologous (vaksin campuran),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya vaksin jenama Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca masing-masing mempunyai kadar kematian 3.4, 4.2, dan 1.4 kematian dalam setiap sejuta dos.

Dr Roshayati berkata NPRA juga telah menerima 80 laporan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) selepas menerima suntikan vaksin penggalak.

“Ia bersamaan kadar 6 laporan bagi setiap juta dos.

β€œ80 kes itu adalah sebahagian daripada 1,104 penerima dos penggalak iaitu bersamaan kadar 85 laporan bagi setiap sejuta dos.

“Daripada pemantauan laporan AEFI diterima oleh NPRA setakat ini, trend dan kadar pelaporan AEFI yang melibatkan dos penggalak tidak menunjukkan sebarang peningkatan daripada apa yang dilihat semasa pemberian dos primer,” katanya.

Sementara itu setakat 11 Februari lalu, sebanyak 79,393 dos vaksin telah diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun.

“Setakat ini, hanya 8 laporan kesan advers non-serious telah diterima bersamaan kadar 0.1 laporan bagi setiap 1,000 dos.

“Reaksi pada kulit, muntah dan sakit pada bahagian abdomen adalah antara kesan advers yang telah dilaporkan,” katanya. – 16 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen