Lebih 3,000 kanak-kanak di Turki hidap leukemia setiap tahun


Kes leukemia di Turki menjejaskan kanak-kanak seawal usia setahun, serta turut dikesan pada bayi baru lahir. – Gambar AFP, 16 Februari, 2022.

LEBIH 3,000 kanak-kanak di Turki disahkan menghidap kanser setiap tahun.

Leukemia atau kanser darah didapati menjejaskan kanak-kanak seawal usia setahun, serta turut dikesan pada bayi baru lahir, lapor Agensi Anadolu.

Menurut pakar, penyakit itu banyak dikesan dalam kalangan individu berumur 20 tahun ke bawah dan warga emas berusia lebih 60 tahun.

Memetik kenyataan bertulis Yayasan untuk Kanak-kanak Leukemia (LOSEV) sempena Hari Kanser Kanak-Kanak Antarabangsa, kanser kerap berlaku pada usia lima tahun.

“Leukemia adalah sejenis kanser paling banyak dikesan dalam kalangan kanak-kanak, ia turut ditemukan dalam kalangan bayi di bawah satu tahun dan baru lahir,” menurut kenyataan itu.

Kejayaan terhadap rawatan kanser dipengaruhi oleh pengesanan awal simptom serta kesedaran ibu bapa turut memainkan peranan penting untuk menyelamatkan nyawa. – Bernama, 16 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen