Olimpik 2022: Perpaduan, kerjasama dan harapan, suntuk kekuatan kepada dunia 


ELEMEN perpaduan, kerjasama dan harapan yang ditunjukkan dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 menyuntik kepercayaan dan kekuatan kepada pelbagai negara di dunia.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata kadar penonton Sukan Olimpik Beijing telah meningkat berkali ganda dan membaharui rekod di negara Eropah dan Amerika Utara serta menarik perhatian di negara tropikal.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pencapaian temasya itu yang mendapat tontonan paling tinggi dalam sejarah Sukan Olimpik Musim Sejuk di samping berjaya menarik sejumlah lebih dua bilion pelayar di platform media sosial global.

“Walaupun wabak masih berleluasa, namun keghairahan, kegembiraan dan persahabatan yang dibawa sukan ais dan salji dinikmati di merata-rata tempat,” katanya ketika sidang media pada Isnin.

Beliau berkata wakil-wakil Jawatankuasa Sukan Olimpik dan tokoh sukan dari sejumlah negara turut menyuarakan kegembiraan tatkala melihat atlet yang bersaing menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

Dalam perkembangan lain, Wang turut menghargai semangat muhibah sukarelawan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo terhadap Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.

Difahamkan, 65 sukarelawan yang berkhidmat di Tokyo telah memberikan kata-kata semangat dan gambar mereka kemudian telah diterbitkan media Jepun. – Bernama, 15 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen