Kian Ming minta syarikat telekomunikasi jelaskan isu 5G


Syarikat telekomunikasi perlu jelaskan persoalan berbangkit daripada penjelasan ketua pegawai eksekutif DNB Ralph Marshall berkenaan pelaksanaan 5G di negara ini, kata Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Februari, 2022.

AHLI Parlimen Bangi Ong Kian Ming mahu syarikat telekomunikasi menjelaskan pula segala persoalan yang berbangkit daripada penjelasan ketua pegawai eksekutif Digital Nasional Berhad (DNB) Ralph Marshall terhadap 15 pertanyaannya mengenai pelaksanaan 5G di negara ini.

Dalam satu kenyataan terbuka kepada syarikat telekomunikasi, Ong berkata alasan kos infrastruktur yang tinggi untuk mewajarkan sebuah entiti tunggal melaksanakan 5G tidak meyakinkan.

Beliau berharap pihak pengurusan Maxis, Celcom, Digi, UMobile dan Yes dapat memberi maklum balas terhadap dakwaan Marshall bahawa mereka gagal untuk bekerjasama mewujudkan struktur pemilikan secara konsortium.

“Adakah ini gambaran yang tepat tentang kronologi perbincangan untuk mewujudkan sebuah entiti rangkaian pemborong tunggal dan seterusnya penubuhan DNB yang memilikinya 100 peratus serta bertanggungjawab atas pelaksanaan 5G?” tanyanya dalam satu kenyataan.

Ong juga meminta syarikat telekomunikasi menjelaskan sama ada benar mereka melengahkan pelaksanaan 5G untuk meraih untung daripada aset 4G sedia ada.

Wakil rakyat DAP itu mengulas jawapan Marshall kepada 15 pertanyaan yang beliau bangkitkan minggu lalu.

Antara lain katanya, Malaysia kini ketinggalan dalam pelaksanaan 5G dan kerana itu ia perlu kepada sebuah entiti tunggal untuk mempercepatkan pelaksanaannya. – 14 Februari, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen