5 kakitangan PBB diculik di selatan Yaman


LIMA kakitangan PBB diculik di selatan Yaman yang dilanda perang, kata badan global itu semalam.

Kelima-lima mereka diculik di wilayah selatan Abyan pada Jumaat ketika kembali ke bandar pelabuhan Aden “selepas menyelesaikan misi lapangan”, kata jurucakap PBB Eri Kaneko kepada AFP.

“PBB sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa untuk memastikan pembebasan mereka,” tambah Kaneko.

Tidak diketahui siapa yang menculik kakitangan PBB berkenaan.

Aden menjadi pangkalan kerajaan Yaman yang diiktiraf peringkat antarabangsa selepas ia digulingkan dari ibu kota Sanaa oleh pemberontak Huthi pada 2014.

Gabungan yang diketuai oleh Saudi menyokong kerajaan dalam memerangi Huthi yang bersekutu dengan Iran sejak 2015 dalam konflik yang menyebabkan kematian ratusan ribuan orang.

Berjuta-juta orang kehilangan tempat tinggal dalam apa yang disebut PBB sebagai krisis kemanusiaan terbesar di dunia. – AFP, 14 Februari 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen