KIRA-KIRA 300 kenderaan mengambil bahagian dalam konvoi protes gaya Kanada terhadap peraturan Covid-19 yang dalam perjalanan ke Brussels tiba di Lille, utara Perancis semalam.
Perjalanan membawa bendera ke utara dibuat selepas 97 orang ditahan di Paris pada Sabtu selepas beribu-ribu penunjuk perasaan memprotes larangan cuba menyekat lalu lintas dengan 81 masih dalam tahanan semalam.
Konvoi itu walaupun lebih kecil daripada hampir 3,000 kenderaan yang berkumpul di ibu negara dari bandar di seluruh Perancis berhenti di tempat letak kereta sebuah pusat membeli-belah di luar Lille di selatan sempadan Belgium.
“Kami akan ke Brussels untuk cuba menyekatnya, untuk melawan dasar kawalan kekal ini,” kata Jean-Pierre Schmit, seorang penganggur berusia 58 tahun berasal dari Taoulouse.
“Konvoi kebebasan” kereta, trak dan campervan itu antara satu daripada beberapa protes yang dianjurkan di seluruh dunia yang diilhamkan daripada kebuntuan pemandu lori dengan pihak berkuasa di Kanada.
Di Perancis penunjuk perasaan menyasarkan khususnya “pas vaksin” yang diperlukan untuk memasuki restoran, kafe dan banyak tempat awam lain yang dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha Presiden Emmanuel Macron.
Peserta juga menyebut tentang peningkatan kos bahan api dan tenaga dalam demonstrasi berkenaan.
Lebih daripada 100 kenderaan berjaya berkumpul di jalan Champs-Elysees di Paris walaupun terdapat kerahan besar polis untuk menghalang mereka keluar dari bandar dengan pasukan keselamatan menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan.
Kerajaan berkata mereka merancang untuk melonggarkan mandat pemakaian topeng muka pada 28 Februari dan berharap untuk menamatkan keperluan pas vaksin pada akhir Mac atau awal April.
Kira-kira 24,000 lagi orang berdemonstrasi di bahagian lain di negara itu pada Sabtu termasuk di bandar selatan Monthpellier. – AFP, 14 Februari 2022.
Komen