Peminat bola sepak mati ditembak di Brazil


Seorang peminat Palmeiras, Brazil yang cedera dibawa keluar oleh penyokong lain semasa siaran perlawanan akhir bola sepak Piala Kelab Dunia FIFA 2021 menentang Chelsea dari England di Sao Paulo, Brazil.

SEORANG peminat bola sepak Brazil ditembak dan dibunuh pada Sabtu di Sao Paulo dalam pergaduhan yang tercetus selepas pasukan tempatan Palmeiras tewas kepada Chelsea dalam Piala Dunia Kelab, kata polis.

Peminat berkumpul di luar Allianz Parque, stadium Palmeiras, untuk menonton siaran perlawanan yang berlangsung di Emiriah Arab Bersatu. Chelsea menang 2-1.

Selepas itu pergaduhan tercetus dalam kalangan peminat pasukan Brazil.

Media tempatan berkata, seorang lelaki berusia 35 tahun ditembak di dada sebelum meninggal dunia.

Suasana meriah dan ketegangan sepanjang permainan memberi laluan kepada kekeliruan dan keganasan sebaik sahaja perlawanan tamat.

Walaupun ada keluarga dan kanak-kanak dalam kalangan orang ramai, namun mereka membaling batu dan benda lain.

Pertempuran berlangsung selama setengah jam, sehingga polis campur tangan. – AFP, 13 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen